29.12.11

Kita di Hadapan Pintu Bernombor 2012

29 Disember 2011,
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena tahun Masehi akan berakhir dan tahun 2012 akan menjengah, ada sikit ungkapan aku, dan ianya adalah untuk mengingatkan aku;

Kepahitan hidup adalah ubat bagi memperolehi kemanisan hidup yang sebenar... Mengharapkan kemanisan di dalam kehidupan untuk kepentingan diri hanya akan menjadi wabak penyakit ciptaan sendiri... Jangan takut memandang kebelakang kerana ia telahpun jauh berlalu dan jangan mengharap sesuatu di masa depan kerana masih banyak dugaan dan ujian yang sedang menanti.. bersungguh-sungguhlah di atas perkara yang sedang dilakukan dan hargai setiap masa itu ke arah kebaikan... Semoga liku-liku perjalanan sepanjang tahun 2011 menjadi pedoman buat perlayaran baru di tahun 2012... setiap hari adalah hari-hari yang terbaik buat diriku untuk menempuh onak duri ranjau perjalanan agar segala ujian ini menjadi ilmu pegangan dan kekuatan iman buat diriku...

psssttt: Aku bukanlah nakhoda kapal mewah yang mengharapkan setiap org tabik hormat padaku; aku hanyalah seorang kelasi yang merasakan tanggungjawab itu satu anugerah, menjaganya adalah amanah, melaksanakannya adalah ibadah dan menguruskannya adalah fardhu kifayah... aku tidak mengharapkan yang terbaik kerana rezeki itu sudah ditentukan, cuma perkadarannya sahaja perlu aku usahakan mengikut cara yang baik; jika lebih usahaku, maka lebihlah kadarnya, jika halal caraku maka halal juga kadarnya... aku tidak mengharapkan menjadi terbaik kerana terbaik itu menggalakkan persaingan yang negatif yang disukai oleh kaum yahudi.. aku hanya mahu menjadi seorang yang baik di sisi keluarga, sahabat dan masyarakat serta diberi tempat bersama-sama orang-rang beriman dan yang syahid.. Mohon ke hadrat Allah agar memberi petunjuk, kekuatan, semangat, keyakinan, kesihatan, perlindungan dan kejayaan kepadaku, kepada keluargaku, kepada sahabat-sahabatku, dan kepada saudara sesama Islam..

Tahniah!
kerana kita semua telah sampai ke muka pintu tahun 2012...
Selamat Tahun Baru Masehi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan