12.1.12

Pengalaman vs. Alasan - Yang Mana Satu Mendampingi Kita?


apakah orang yang selalu berkata "aku belajar dari pengalaman" benar-benar telah belajar dari pengalaman lalu? atau sebenarnya mereka tidak belajar apa-apa? mereka hanya menggunakan kata "pengalaman" sebagai alasan bagi menyembunyikan sesuatu; yang kononnya menunjukkan mereka makin matang, sedangkan mereka tidak begitu.

kita semua sememangnya belajar dari pengalaman, tetapi pengalaman lalu tidak boleh disamakan dengan peristiwa semasa dan akan datang kerana sifat masa, peristiwa, orang, sebab dan akibat adalah berbeza. kita cuma jadikan pengalaman lalu sebagai panduan membuat keputusan namun setiap keputusan perlu mengambilkira soal toleransi, nilai kemanusiaan dan hati, dan bukan sebagai keputusan muktamad yang zalim dan bodoh. jika benar kita telah belajar dari pengalaman, sepatutnya kita dapat menguruskan sesuatu yg sedang berlaku dengan baik tanpa melukakan hati sesiapa disekeliling kita. Atau sekurang-kurangnya jika apa yang kita buat itu menghampakan seseorg, tp kita masih memberikan kegembiraan kepada org tersebut.

terdapat beberapa jenis pengalaman. Biasanya pengalaman adalah ilmu dan ilmu pula akan memberikan pengalaman bila dipraktikkan.. tetapi pengalaman yang bagaimana?... pengalaman bersifat tabiat seperti mengeja, menulis dan menjahit serta pengalaman bersifat teknikal seperti ilmu kajian tertentu dari alam dan teknologi biasanya boleh dipraktikkan dan dikitar semula serta diperbaharui.. bagaimana pengalaman berkaitan dengan perhubungan?... sepertimana manusia itu begitu kompleks seperti kompleksnya akal dan nafsu mereka, pengalaman di dalam hubungan manusia dengan manusia bukan bersifat teknikal dan tidak semua boleh dikitar semula pada setiap orang... di dalam hal ini, pengalaman yang dimaksudkan adalah pengalam di dalam perhubungan manusia.

Pengalaman perlu dianggap sebagai guru yang seharusnya menjadikan masa itu sebagai kawan dan peristiwa sebagai buku.. tetapi kita selalu menjadikan pengalaman itu sebagai sempadan, masa sebagai senjata dan peristiwa sebagai mangsa... kerana itu, kita sukar untuk maju ke hadapan di dalam sesuatu perhubungan...

Belajarlah hingga ke liang lahad... pengalaman yang diperolehi tidak semestinya betul dan boleh digunakan di setiap masa... jadi belajarlah bagaimana untuk berada pada tempat yang betul dan keadaan yang betul serta mengawalnya dengan cara yang betul... dan pengalaman juga adalah sesuatu yang seharusnya memberi manfaat kepada semua pihak dan bukan kepentingan diri sendiri atau pihak tertentu sahaja... jangan menjadikan pengalaman sebagai alasan untuk menyembunyikan sesuatu, mengelak dan untuk kepentingan yang menguntungkan diri... kelak ia sama saja seperti orang yang bodoh dan bangang...

pssttt: berdasarkan pengalaman (hahaha... 2x5 juga), kita tidak belajar apa-apa sebenarnya kerana setiap hari kita belajar sesuatu; hanya bila kita membuka minda kita seluas-luasnya.. kita tak akan belajar apa-apa pun setiap hari jika lahiriahnya bebas mencuba sesuatu yang baru tp rohani dan minda masih di bawah tempurung yang disimpan rapi di dalam almari tertutup dan berkunci di dalam sebuah rumah usang di hujung kampung yang indah permai tanpa mahu ada orang yang datang bertandang.... digubah dari lirik lagu 'pokok' gitu... haha..